cinta adam dan hawa
Kasih sayang dan cinta adalah fitrah manusia yang normal yang dikurniakan oleh Allah SWT. Dalam Islam fitrah sedemikian mestilah disalurkan mengikut jalan yang telah ditetapkan oleh Syarak. Perhubungan yang baik dan suci sesama manusia mempunyai hubungan kait yang rapat dengan hubungan manusia itu dengan Pencipta iaitu dengan Allah SWT.Oleh yang demikian setiap manusia mestilah mempunyai hubungan yang baik dengan Allah SWT demi memastikan hubungan yang baik diperolehi sesama manusia. Sebagaimana maksud Firman Allah SWT, " Pasti ditimpa kehinaan ke atas mereka (manusia) di mana sahaja mereka berada melainkan mereka yang mempunyai hubungan yang baik dengan Allah SWT dan manusia". Surah al-Imran, ayat: 112
0 Responses

Post a Comment